Solat Sunat
Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada
waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat
Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat
Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih
banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban.
A. CARA MELAKSANAKAN
SOLAT AIDIL ADHA
1. Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Daku
bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.
2. Pada rakaat pertama:
a.
Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah,
bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci
Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah
Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi
lagi Maha Agong.
b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih
ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau
Al-Khafiruun.
c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat
biasa.
3. Rakaat ke-dua:
a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti
rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci
Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah
Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi
lagi Maha Agong.
b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau
Al-Ikhlas.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain
sehingga selesai salam ke-dua.
KHUTBAH AIDILADHA
Khatib
membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang
mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan
ibadat Haji.
Khutbah
pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ ) manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali
takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan
melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
TAKBIR
Suasana hari
Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih,
tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta
memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah
slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar
mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah
tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan.
Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah
mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.
Ketika mula
menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’.
Pada Hari
Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu,
bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13
Zulhijjah.
TAKBIR RAYA
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ – × 5/3
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ
Allah Maha
Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu
pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak
menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun
dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia
membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia
sendiri menewaskan pakatan musuh.
Banyakkan
membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan
melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan
orang yang aniaya.
ADAB SOLAT SUNAT HARI RAYA
1. Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan
terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.
2. Pada Hari
Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir
sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13
Dzulhijjah ).
3. Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan
sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang
terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan
pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak
rakaat yang tertinggal.
4. Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai
solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan
ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai. Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha,
duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5.
Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan
lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang
sangat memaksa.
6. Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid,
mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu
mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.
7. Apabila hari raya bertepatan jatuh pada hari
Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya dengan
syarat mereka tinggal jauh dari masjid sehingga menyukarkan untuk datang semula
dan mereka cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.
8. Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari
Raya diharuskan solat Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan