NAMA ANAK YANG BAIK DALAM ISLAM (HURUF F)
Adalah
menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama
yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang
baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu. Peribahasa ada
menyatakan bahawa;
“Harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
Dalam satu
majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang
anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan
namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”
Sebab itu
setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh
menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan
sahsiah anak tersebut.
KEKAL SEHINGGA AKHIRAT.
Islam
menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan
nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari
akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang
hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.
Seorang
Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama
yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Abu Darda
ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada
hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka
perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
HARI MEMBERI NAMA
Disunatkan
memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang
terdapat dalam sabda Rasulullah SAW;
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ،
وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak
kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari
ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi,
an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)
Rasulullah
SAW juga pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah
hadis dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. yang menceritakan;
وُلِدَ
لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ:
إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ
“Telah
dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW,
maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah
tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya.” (Riwayat Imam Bukhari dan
Muslim)
Maka, adalah
menjadi sunnah, menamakan bayi pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan.
Imam Nawawi dalam al-Azkar menegaskan; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan
bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari
kelahirannya”. Manakala Imam Bukhari menjelaskan; “Hadis-hadis yang menyebutkan
hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah dan
adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh, maka dimengertikan bagi orang
yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya.”
MENAMAKAN BAYI YANG MENINGGAL
Jika
ditakdirkan bayi mati di dalam perut, gugur atau pun meninggal sewaktu
dilahirkan, adalah disunatkan diberikan juga nama kepada mereka. Bersyukur dan
terimalah dengan redha atas kematian ini kerana anak-anak yang meninggal
sebelum umur baligh adalah mati syahid dan akan menjadi syafaat kepada
ibubapanya di akhirat kelak.
Allah Ta’ala
berfirman kepada Jibril, Alaihis Salaam: “Pergilah dan ambillah ayah-ayah
mereka dan ibu-ibu mereka dari mana-mana sahaja mereka berada, lalu serahkanlah
mereka kepada anak-anak mereka, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah
mengampuni dosa-dosa mereka dengan syafaat anak-anak mereka, dan masukkanlah
mereka bersama-sama anak-anak mereka masing-masing ke dalam syurga. “
PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK DALAM ISLAM
Dalam
masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara
berikut;
a)
Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;
إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ
آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya
kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan
nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat
Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
b) Nama yang
paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang
disabdakan oleh Rasulullah SAW;
إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه،
وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya
nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan
Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Harus
memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan
sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan
salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
i) Sabda Baginda SAW;
تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه
تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها:
حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama
dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah
dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith
dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat Abu
Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
ii) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan;
“Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama
anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan
membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun
pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya
Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’,
lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan
nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab;
تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا
أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
“Berilah nama
dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu
Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di
antara kamu.” (Riwayat Imam Muslim)
NAMA-NAMA ISLAM DAN MAKNANYA
Mungkin
ramai yang sedang dalam dilema mencari nama terbaik untuk anak yang bakal
dilahirkan kerana menyedari nama yang
diberikan kepada seseorang bayi mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi
anaknya. Selalunya ibu bapa akan memberikan nama yang terbaik buat anak supaya
anak-anak mereka menjadi seorang yang hebat dan gembira dengan nama tersebut.
Berikut ini
adalah antara ratusan pilihan dan maksud sesebuah nama yang boleh dijadikan
panduan:
NAMA LELAKI ISLAM BERMULA HURUF F
Fadal =
Keutamaan
Fadhl =
Kebaikan, kelebihan, sisa
Fadhali =
Kelebihan, keutamaan
Fadhil =
Orang yg berbuat kebaikan, utama, mulia
Fadholi =
Kelebihan – keutamaan
Fadhlurrahman
= Keutamaan dari Allah, Anugrah Arrahman
Fadi =
Penebus
Fadil = Yang
mulia, murah hati, yg utama
Fadl =
Dermawan, murah hati
Fadlan =
Keutamaan
Fadli =
Kelebihanku, ihsanku
Fadlin =
Keutamaan
Fadlullah =
Kelebihan Allah
Faeyza =
Sukses, hidupnya meningkat
Fahad =
Harimau bintang
Fahd =
Harimau
Fahim = Yang
faham, memahami, pintar, rajin belajar
Fahmi =
Kefahamanku, pemahaman
Fahman =
Kefahaman
Fa’id =
Tetap, berhasil, istimewa, sungguh2
Faiq =
Tertinggi, utama, terkenal, terkemuka
Fairuz =
Batu permata
Faisal,
Faishal = Penyelesaian, pemisah antara hak dan batil
Fa’iz =
Berjaya, menang
Fa’izin = Orang2
sukses
Fajar =
Cahaya putih
Fajari =
Waktu fajar
Fakhir =
Kebesaran, yang baik, kejayaan
Fakhr Al Din
= Kejayaan agama, kemenangan agama
Fakih =
Menyenangkan, sedap
Fakhir =
Kebesaran, yang baik
Fakhri =
Kemegahanku, kebanggaan
Fakhruddin =
Kebanggaan agama, keutamaan dari Allah
Fakhrullah =
Kemegahan Allah
Falah =
Jaya, sukses, beruntung
Falih =
Sukses
Fannani =
Seniman
Faqih = Yang
mengerti, ahli fiqh, bijaksana
Faraj =
Kelonggaran, pelepasan
Farhan =
Bergembira
Farhat,
Farhun = Kegembiraan
Farid =
Istimewa, permata, tiada bandingan, tunggal, permata yang mahal
Fariduddin =
Permata agama, keistimewaan
Faris = Yang
alim, penunggang kuda, ksatria
Faruq =
Pembeda antara benar dan salah
Fasahat =
Fasih, lancar
Fasih = Yang
fasih
Fathi =
Pembuka, kemenanganku
Fathuddin =
Pembukaan, kejayaan agama
Fathul Islam
= Pembuka, kejayaan Islam
Fathullah =
Pembukaan, kejayaan Allah
Fathurrahman
= Pembukaan, kejayaan Allah yang pengasih
Fatih =
Pembuka, perintis, pemenang, penakluk
Fattah = Penakluk
Fauhad =
Anak kecil yang gemuk
Fauzi =
Kejayaanku
Fauzan =
Kejayaan, kemenangan
Fawwaz =
Berjaya
Fayyadh =
Murah hati
Fidai =
Pengorbanan
Fikri =
Fikiranku, pemikir, pemikiranku
Firas =
Kecerdikan, tajam fikiran
Firdaus =
Nama syurga
Fitri =
Semulajadi
Fuad = Hati,
jiwa
Fuadi =
Jiwaku
Furqan =
Bukti, kenyataan, pembeda benar dan salah
Fudail =
Kelebihanku, kemuliaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan