Pada zaman
kini ramai yang gemar mengenakan mata dengan pelbagai jenis contact lens. Namun
ramai tidak sedar bahawa pemakaian contact lens tanpa tujuan boleh mengundang
fitnah terutama golongan wanita.
Pemakaian
contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama
digunapakai oleh sesetengah golongan.
Namun yang membuatkan isu ini timbul
apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk
menarik perhatian orang lain. Tidak jadi
masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat
pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau
penipuan.
2. Tujuan
perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni
bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan
diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak
mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak
mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita-
(yakni tidak harus wanita memakai
perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki
kepadanya).
c) Tidak
mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak
berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak
menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak
berlebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan