Jikalau anda mengimpikan keluarga.
Maknanya ialah anda akan berusaha dalam sesuatu perjuangan.
Mimpi hidup bahagia dalam keluarga.
Anda akan mengalami keuntungan dalam keseluruhan keluarga
anda yang ada.
Mimpi isteri mengandung.
Alamat kurang baik ada aral akan datang.
Isteri bergaul dengan lelaki lain.
Tanda akan mengalami kerugian.
Mimpi memeluk diri sendiri.
Tanda akan dikurniakan rezeki.
Mimpi memeluk isteri orang lain.
Alamat akan timbul suatu keuntungan yang selama ini anda
bekerja keras.
Mimpi isteri anda bersalin.
Alamat dapat rezeki yang besar.
Mimpi jalan-jalan dengan isteri.
Tanda akan berselisihan.
Mimpi bertengkar dengan isteri.
Badan anda akan terganggu kesihatan.
Mimpi mengendong anak kecil.
Akan mendapat kerugian dan kesusahan.
Mandi sama-sama diair dari kedua suami isteri.
Akan beruntung dalam usahanya..
Mimpi anaknya meninggal dunia.
Akan timbul pertengkaran dalam rumah tangga.
Mimpi suami isteri berkelahi.
Akan merembukkan sesuatu urusan yang dipandang sangat
penting.
Mimpikan ayah anda.
Segala kesulitan anda akan tidak terganggu.
Mimpi yang berhubung dengan melihat, memelihara, atau
mempunyai anak sendiri.
Adalah tanda akan berbahaya, ertinya anda akan selalu
beruntung terutama anda
dengan anak lelaki.
Anak yatim yang anda impikan.
Maka hidup anda akan penuh kegembiraan.
Mimpi memungut anak yatim.
Tandanya rezeki dan harta akan membumbungkan.
Mimpi mengunjungi rumah anak yatim.
Anda menerima khabar baik dari pihak keluarga.
Mengimpikan seorang bujang.
Alamat suatu perkahwinan ditengah laut, membangun istana
diudara.
Mimpi bercakap-cakap dengan gadis.
Bererti anda akan mengalami kehidupan yang manis dihari-hari
yang akan datang.
Mimpi melihat ibu.
Bererti anda akan sukses dalam usaha anda yang begitu sulit.
Mimpi menjadi hakim.
Pendirian yang tidak dapat sambutan dari teman. Dan bila anda
impikan melihat
hakim,maka kedudukan anda dalan kantor diberikan tempat yang
tinggi oleh
majikan.
Mimpi mendengar suara ibu.
Bererti akan tiba benda berharga untuk anda.
Mimpi menulis surat untuk ibu.
Bererti anda akan menerima banyak jasa dan kehormatan.
Mimpi melihat isteri.
Kesayangan suami isteri tak akan kunjung padam sepanjang
masa. Jika yang
bermimpi itu bujang maka akan lekas datang jodohnya.
Orang tua yang selalu diimpikan.
Bererti segala usahanya akan sukses.
Mimpi lihat orang mati.
Akan mendapat kesusahan dalam hatinya.
Mimpi meliha orang kikir yang sedang menghintung-hintung
wangnya.
Berhati-hatilah berhadapan dengan orang yang ingin lekas
kaya.
Mimpi anda sendiri yang menjadi orang kikir.
Menunjukkan anda terlalu memikirkan kebutuhan diri sendiri
dalam hal ini anda
harus berhati-hati dihari datang.
Mimpi bertemu dengan seorang perempuan.
Anda akan mendapat senjatadalam perjuangan anda.
Mimpi bertemu dengan orang suci.
Kehidupan anda akan aman dan damai.
Mimpi bertemu dengan seorang pengarang.
Persahabatan anda dapat menemui orang-orang penting dalam
bidang sosial dan
dagang. Dan kalau anda bermimpi jadi pengarang, maknanya anda
dapat berbakat
seni dan pekerjaan itu kelak anda bisa menguntungkan.
Mimpi menolong seorang pengemis.
Anda akan dapat kemajuan dalam kehidupan dan cita-cita
Mimpi bercakap-cakap dengan seorang petani.
Anda akan menyenangkan hati seseorang yang dianggap penting
untuk menyelesai
kan sesuatu soal yang rumit.
Mimpi bertemu dengan polis.
Bererti anda akan terlindung dari kegaduhan.
Mimpi bertemu dengan seorang politikus.
Bererti anda kehilangan banyak sahabat karib.
Mimpi bertemu dengan presiden.
Maknanya alamat anda akan mendapat kehormatan.
Mimpi melihat ratu.
Alamat anda akan sukses dalam apa yang selama ini di
cita-citakan.
Mimpi jadi tentera.
Tidak baik kerana selalu mengalami perubahan hidup.
Mimpi melihat setan atau neraka.
Alamatnya memperingatkan kita kepada masa keburukan yang
datang kepada kita.
Mengimpikan seorang suami.
Ia akan menikah dalam kurang lebih setahun datang.
Mimpi anda berusia tua.
Bererti anda umur panjang mungkin umur bisa sampai seabad,
alamat akan jadi
juru nasihat.
Mimpi umur anda lebih dari umur yang biasanya.
Maka anda akan hidup awet muda demikian juga semangat.
Mimpi mengadakan pertemuan dengan Saidina Abu Bakar.
Akan menjadi juru nasihat.
Mimpi bertemu dengan Kanjeng Nabi Adam.
Alamat akan beroleh amaran Tuhan.
Mimpi anak kecil menjadi besar-besar.
Alamat akan memperoleh kegembiraan.
Jika anak keci tadi beranak serta beristeri.
Ertinya anda akan mendapat kesusahan.
Mimpi melihat bidadari.
Alamat akan jadi priyayi dan kedatangan daulat.
Mimpi nampak Malaikat.
Alamat akan beroleh kekayaan. Dan jika bertemu Malaikat maka
segala
kesusahan akan terhindar.
Mimpi nampak orang ramai.
Segala kehendaknya semua akan tidak berhasil.
Mimpi bertemu muka dengan para sahabat Nabi.
Alamat akan dikurniai oleh Yang Maha Kuasa Tuhan.
Mimpi seolah-olah bersua dengan Tuhan.
Alamat yang paling baik. Dia akan dikurniai kehendak hidup
yang berlebih-lebihan
dan besar kemungkinan segala dosanya akan diampuni dunia
akhirat.
Mimpi dalam mimpi.
Umumnya tidak diterangkan yang bermimpi harus insaf dan
banyak mempunyai
kesedaran pada waktu tiap-tiap bangun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan