Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu. Peribahasa ada menyatakan bahawa;
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
Dalam satu majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”
Sebab itu setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut.
KEKAL SEHINGGA AKHIRAT.
Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.
Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
Hari Memberi Nama
Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW;
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)
.
Rasulullah SAW juga pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. yang menceritakan;
وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ
“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW, maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
.
Maka, adalah menjadi sunnah, menamakan bayi pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Imam Nawawi dalam al-Azkar menegaskan; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya”. Manakala Imam Bukhari menjelaskan; “Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh, maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya.”
MENAMAKAN BAYI YANG MENINGGAL
Jika ditakdirkan bayi mati di dalam perut, gugur atau pun meninggal sewaktu dilahirkan, adalah disunatkan diberikan juga nama kepada mereka. Bersyukur dan terimalah dengan redha atas kematian ini kerana anak-anak yang meninggal sebelum umur baligh adalah mati syahid dan akan menjadi syafaat kepada ibubapanya di akhirat kelak.
Allah Ta’ala berfirman kepada Jibril, Alaihis Salaam: “Pergilah dan ambillah ayah-ayah mereka dan ibu-ibu mereka dari mana-mana sahaja mereka berada, lalu serahkanlah mereka kepada anak-anak mereka, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah mengampuni dosa-dosa mereka dengan syafaat anak-anak mereka, dan masukkanlah mereka bersama-sama anak-anak mereka masing-masing ke dalam syurga. “
PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK DALAM ISLAM
Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;
a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;
إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW;
إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
i) Sabda Baginda SAW;
تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
ii) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab;
تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ
“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu.” (Riwayat Imam Muslim)
NAMA-NAMA ISLAM DAN MAKNANYA
Mungkin ramai yang sedang dalam dilema mencari nama terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan kerana menyedari nama yang diberikan kepada seseorang bayi mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi anaknya. Selalunya ibu bapa akan memberikan nama yang terbaik buat anak supaya anak-anak mereka menjadi seorang yang hebat dan gembira dengan nama tersebut.
Berikut ini adalah antara ratusan pilihan dan maksud sesebuah nama yang boleh dijadikan panduan:
NAMA LELAKI ISLAM BERMULA HURUF B
Adalah menjadi hak anak dan
kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada
bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok
menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu. Peribahasa ada menyatakan bahawa;
“Harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama”.
Dalam satu majlis, seorang anak
menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya,
beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan
kepadanya al-Quran.”
Sebab itu setiap pemilihan,
sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau mengandungi
doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak
tersebut.
KEKAL SEHINGGA AKHIRAT.
Islam menganjurkan pemilihan nama
yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan
dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila
orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka
seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.
Seorang Muslim wajib percaya
kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada
anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Abu Darda ada meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada
hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka
perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
Hari Memberi Nama
Disunatkan memberi nama kepada
bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda
Rasulullah SAW;
كُلُّ
غُلاَمٍ رَهِينٌ
بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ
عَنْهُ يَوْمَ
سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ
وَيُسَمَّى
“Setiap
anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada
hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud,
Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)
.
Rasulullah SAW juga pernah
memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu
Musa al-Asy’ari r.a. yang menceritakan;
وُلِدَ
لِي غُلاَمٌ،
فَأَتَيْتُ بِهِ
النَّبِيَّ -صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ:
إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ
بِتَمْرَةٍ وَدَعَا
لَهُ بِالْبَرَكَةِ
“Telah
dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW,
maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah
tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya.” (Riwayat Imam Bukhari dan
Muslim)
.
Maka, adalah menjadi sunnah,
menamakan bayi pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Imam Nawawi
dalam al-Azkar menegaskan; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari
ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya”.
Manakala Imam Bukhari menjelaskan; “Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran
dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah dan adapun
hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh, maka dimengertikan bagi orang yang
ingin melakukan aqiqah bagi anaknya.”
MENAMAKAN BAYI YANG MENINGGAL
Jika ditakdirkan bayi mati di
dalam perut, gugur atau pun meninggal sewaktu dilahirkan, adalah disunatkan
diberikan juga nama kepada mereka. Bersyukur dan terimalah dengan redha atas
kematian ini kerana anak-anak yang meninggal sebelum umur baligh adalah mati
syahid dan akan menjadi syafaat kepada ibubapanya di akhirat kelak.
Allah Ta’ala berfirman kepada
Jibril, Alaihis Salaam: “Pergilah dan ambillah ayah-ayah mereka dan ibu-ibu
mereka dari mana-mana sahaja mereka berada, lalu serahkanlah mereka kepada
anak-anak mereka, kerana sesungguhnya aku benar-benar telah mengampuni
dosa-dosa mereka dengan syafaat anak-anak mereka, dan masukkanlah mereka
bersama-sama anak-anak mereka masing-masing ke dalam syurga. “
PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK DALAM
ISLAM
Dalam masalah meletakkan nama
ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;
a) Disunatkan memberi nama-nama
yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;
إنَّكُمْ
تُدْعَوْنَ يَوْمَ
القِيامَةِ بأسْمائكُمْ
وأسماءِ آبائِكُمْ
فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya
kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan
nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat
Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
b) Nama yang paling baik/paling
elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah
SAW;
إنَّ
أحَبَّ أسْمائكُمْ
إلى اللّه
عَزَّ وَجَلَّ
عَبْدُ اللّه،
وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
“Sesungguhnya
nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan
Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
c) Harus memberi nama sempena
nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana
sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya
dengan nama Ibrahim.
i) Sabda Baginda SAW;
تَسَمَّوا
بأسْماءِ الأنْبِياءِ،
وَأحَبُّ الأسْماءِ
إلى اللّه
تَعالى عَبْدُ
اللّه وَعَبْدُ
الرَّحْمَن، وأصْدَقُها:
حَارِثٌ وَهمَّامٌ،
وأقْبَحُها: حَرْبٌ
وَمُرَّةُ
“Berilah
nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah
Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah
Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat
Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
ii) Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan;
“Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama
anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan
membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun
pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya
Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’,
lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan
nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab;
تَسَمَّوْا
بِاسْمِي، وَلاَ
تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي،
فَإِنَّمَا أَنَا
قَاسِمٌ، أَقْسِمُ
بَيْنَكُمْ
“Berilah
nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu
Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di
antara kamu.” (Riwayat Imam Muslim)
NAMA-NAMA ISLAM DAN MAKNANYA
Mungkin ramai yang sedang dalam
dilema mencari nama terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan kerana menyedari nama yang diberikan kepada
seseorang bayi mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi anaknya. Selalunya ibu
bapa akan memberikan nama yang terbaik buat anak supaya anak-anak mereka
menjadi seorang yang hebat dan gembira dengan nama tersebut.
Berikut ini adalah antara ratusan
pilihan dan maksud sesebuah nama yang boleh dijadikan panduan:
NAMA LELAKI ISLAM BERMULA HURUF B
B
Baadi, Badi = Istimewa
Baahi, Baha = Termegah, terhebat
Baari = Pencipta, salah satu dari
nama Allah
Badar = Bulan penuh, bulan
purnama
Badi ‘= Indah
Badil = Pengganti
Badiuzzaman = Keindahan semasa
Badran = Bulan penuh (purnama)
Badri = Bulan Purnamaku,
mempercepatkan jalannya
Badrulmunir = Bulan bercahaya
Badrun = Bulan purnama
Badruddin = Bulan purnama agama
Badruz Zaman = Bulan purnama bagi
jaman
Badrut Tamam = Bulan purnama
Badrut Taman = Bulan purnama yg
sempurna
Baghawi = Nisbah
Bahadur = Berani, kuat
Bahauddin = Sinaran / keindahan
agama
Bahi = Indah
Bahij = Yang indah menawan,
penggembira
Bahir = Elok, mempesona
Bahjan = Cemerlang
Bahjat = Kegemilangan, gembira, bahagia
Bahlawan = Pendaki gunung
Bahran = Bercahaya
Bahri = Kegemilanganku
Bahruddin = Sinaran agama
Bahzi = Pembelaku
Bais = Tentera
Bakhit = Yang bertuah
Bakhtiar = Yang bahagia
Bakir = Muda, pagi2 benar
Bakizah = Permata
Bakri = Pagi-pagi benar
Baliq = Fasih
Balyan = Nama auliya
Banan = Ujung jari
Banin = Yang bijak, gigih
Baqir = Sangat pandai, terpelajar
Bariq = Bercahaya, kemilau
Bariz = Menonjol
Barra = Yang bersih
Barzun = Utama, berani
Basil = Berani
Basim = Gembira, tersenyum,
selalu tersenyum
Basir = Bijak, melihat
Basirun = Yang melihat
Basit = Pereka, pembuat
Baslan = Keberanian
Basri = penglihatanku
Bassam = Suka tersenyum
Basyar = Pembawa berita baik
Basyarah = Indah
Basyir = Penyampai berita gembira
Basyirun = Yang melihat
Bayiyuddin = Sinaran agama
Bazil = Yang pandai
Bazilin = Yang menyumbang
Bazli = Kebijaksanaanku,
kepakaranku
Bilal = Nama sahabat nabi,
titisan embun
Biruni = Nama ulama besar
Bisyari = Kegembiraan
Bisyir = Berita gembira
Bisyrun = Berita gembira
Bunyamin = Nama saudara nabi
yusuf
Budair = Berjalan cepat
Bukhari = Imam perawi hadist
Buraid = Dingin
Buraidah = Kesejukan
Burhan = Alasan, bukti, dalil,
cahaya
Burhanuddin = Dalil / cahaya /
bukti agama
Busairi = Nisbah
Busrain = Kesegaran
Busran = Kabar gembira
Bustani = Tamanku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan