Nabi Muhammad Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa
yang membunuh cicak, maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu
kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua, maka baginya ini
dan itu satu kebaikan yang berbeza dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya
pada pukulan ketiga, maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeza dengan yang
kedua!”. (sahih Muslim, Sunan Abu Dawud dan Jami’at Tirmidzi dari Abu
Hurairah).
Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa yang
membunuh cicak pada satu kali pukulan, maka baginya seratus kebaikan. Dan jika
pada pukulan kedua, maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama).
Dan jika pada pukulan ketiga, maka baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang
kedua)!”. (sahih Muslim).
Di dalam “Al-Mu’jam Al-Ausath” milik Imam
Thabrani dari hadis ‘Aisyah Ra berkata: “Aku mendengar bahawa Rasulullah Saw
bersabda: “Barangsiapa yang membunuh cicak, maka Allah akan menghapuskan tujuh
kesalahan atasnya.” (hadis Riwayat Thabrani didalam Al-Mu’jam Al-Ausath).
Dari Saibah Maulah Al-Fakih bin Al-Mughiroh bahawasanya
dirinya menemui ‘Aisyah Ra dan melihat di rumahnya terdapat sebuah tombak yang
tergeletak. Dia pun bertanya kepada ‘Aisyah Ra: “Wahai Ummul Mu’minin (Ibunda
kaum Mukminin), apa yang engkau lakukan dengan tombak ini?”. ‘Aisyah Ra
menjawab: “Kami baru saja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi Saw pernah
memberitahu kami bahawa tatkala Ibrahim As dilemparkan ke dalam api tak satu
pun binatang di bumi saat itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yang
meniup-niupkan apinya. Maka Rasulullah Saw memerintahkan untuk membunuhnya!”.
(hadis Riwayat Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah. Menurut Kitab Az-Zawaid
menyebutkan bahawa hadis ‘Aisyah ini sahih dan orang-orangnya bisa dipercaya).
CICAK!
Kenapa cicak harus dibunuh?…
1] kerana dahulu kala ketika Nabi Ibrahim As
dilemparkan ke dalam api, sesungguhnya semua haiwan-haiwan di muka bumi ini
berusaha membantu Nabi Ibrahim As dengan cara memadamkan api tersebut. Namun
cicak malah sebaliknya, dia malah meniup-niupkan apinya agar apinya semakin
membakar tubuh Nabi Ibrahim As. Maka Rasulullah Saw memerintahkan kepada kita
(selaku ummatnya) untuk selalu membunuh cicak!
2] Ada seekor cicak di dalam Gua Tsur yang
sedang berbunyi kuat dan nyaring serta bergema. Mendengar suara cicak yang
begitu kuat, para kaum kafir Quraisy yang sedang memburu Rasulullah Saw menjadi
sangat yakin bahawa Rasulullah Saw bersembunyi di dalam Gua Tsur tersebut.
Namun, untungnya ketika kaum musyrikin melihat pintu gua tertutup dengan sarang
labah-labah, mereka tidak percaya. Kalau orang masuk ke gua itu, tentu sarang
labah-labahnya rosak. Maka terlepaslah Nabi Muhammad Saw dan sahabatnya. Maka
dari itu, cicak disunatkan untuk selalu dibunnuh!
3] Di dalam suatu keterangan mengenai hadis
sahih, Nabi Muhammad Rasulullah Saw pernah melaksanakan solat. Ketika dia
sedang solat, tiba-tiba dia dikencingi serta diberaki oleh cicak yang berada di
atas nya, sedangkan tahi cicak dan air kencing cicak itu sangat bau dan najis.
Oleh kerananya, Nabi Muhammad Rasulullah Saw menamai cicak dengan nama Fuwaisiq
(Si penjahat kecil).
Nah itulah indahnya Islam, walaupun cicak
disunatkan untuk dibunuh oleh setiap kaum Muslim, tetapi tetap saja, ummat
Islam diharamkan untuk berlaku zalim dan kejam terhadap semua makhluk termasuk
cicak!
Sekali pukulan yang dapat mematikan bagi sang
cicak, maka pahalanya sangat besar daripada pukulan berikutnya yang selalu
mengurangi pahala dari membunuh cicak.
Apalagi pada pukulan keempat dan sebagainya,
maka pahala kita menjadi kosong, malah yang ada mungkin kita menjadi dosa
kerana telah menganiaya cicak.
Dan lebih banyak lagi mengenai cicak dalam
Islam (Rahmatan lil ‘alamin) yang menceritakan bahawa cicak itu bukan binatang
yang sopan, dan cicak juga sering memakan makanan-makanan kita sendiri yang
pada akhirnya kita akan merasa jijik dengan makanan kita sendiri.
Jadi kalau anda melihat cicak, bunuh saja
ia!!!
Cara yang betul untuk membunuh cicak adalah
dengan menggenggam tubuhnya, kemudian kepalanya diletakkan di antara jari
telunjuk dan ibu jari, kemudian tekan kepalanya dengan keras!
Kalau saya sendiri masih geli untuk membunuh
cicak dengan cara demikian. Membunuh cicak dengan cara dipukul pun tidak
mengapa. Ingat, jangan menyiksanya!
Bagi yang tidak ingin mengamalkannya,
silakan, tapi sebagai seorang muslim kita harus percaya bahawa cicak adalah
binatang yang disunatkan untuk selalu dibunuh, kerana sumbernya secara lansung
dari hadis Rasulullah Saw yang sahih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan