BACAAN MENGUBATI SAKIT
بسم الله 3x أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّمَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 7
“Aku
berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari kejelekan sesuatu yang aku jumpai
dan aku takuti. Keterangan & Petua Beramal
Menurut apa
yang diamalkan dalam kaedah perubatan Nabi saw , pesakit boleh mengubat
kesakitan yang dialaminya iaitu dengan cara ; Letakkan tangan pada tubuh yang
terasa sakit, dan bacalah jampi di atas mengikut bilangan yang diajarkan oleh
Nabi saw itu . [8]Menurut al-Tirmizi, Nabi saw bersabda , tidaklah seseorang
yang menderita sakit yang belum datang ajalnya , lalu dia membacakan doa ini
melainkan akan disembuhkan Allah .
DOA APABILA MELIHAT ORANG YANG DITIMPA
MUSIBAH
الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً
Segala puji
bagi Allah yang menyelamatkan aku dari sesuatu yang Allah memberi cubaan
kepadamu dan Allah telah memberi kmuliaan kepadaku melebihi orang banyak.[10]
Keterangan & Petua Beramal Lanjutan dari hadith di atas , Nabi saw bersabda
, barangsiapa yang membaca doa ini, dia tidak akan ditimpa musibah tersebut.
Maka janganlah kita lupa mengamalkan doa ini apabila kita melihat sesuatu
bencana seperti kemalangan jalanraya, penyakit dan sebagainya berlaku.
Mudah-mudahan dengan berkat doa ini, kita terpelihara daripada mengalaminya,
InsyaalLah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan