Sihir dari segi istilah merupakan
satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang
disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan
di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti
seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah
sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Ibnu Khaldun dalam buku
Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
“Ilmu sihir dan
tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam
kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama
adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di
sisi syariat kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah
berpaling daripada Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan
manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk
yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani”
TANDA-TANDA ORANG
KENA SIHIR
Tanda-tanda Orang Kena Sihir
Tanda-tanda gangguan syaitan/
serangan gangguan makhluk halus:
1. Tidur dalam keadaan resah,
rimas dan cemas serta selalu terjaga
2. Mengalami mimpi yang buruk dan
menakutkan
3. Bermimpi melihat berbagai
jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
4. Kadang menangis dan kadang
ketawa ketika tidur
5. Selalu bermimpi terjatuh dari
tempat tinggi
6. Terasa panas badan terutama di
bahagian belakang
7. Fikiran selalu kacau, terasa
gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
8. Suka marah-marah tanpa suatu
sebab yang munasabah
9. Selalu sakit kepala
10. Hilang fokus pada pekerjaan
dan juga percakapan
11. Sakit di bahagian bawah
tulang kipas dan bawah punggung
Tanda-tanda sihir pemisah
(memisahkan seseorang individu dengan individu lain)
1. Terdapat perubahan
tabiat/perangai secara tiba-tiba
2. Kerap berlaku perbalahan
antara pasangan atau rakan
3. Kehadiran pandangan buruk
keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
4. Masing-masing suka menegakkan
benang basah dan tidak mahu mengalah
TANDA-TANDA SIHIR
PENGASIH
1. Kehadiran perasaan rindu dan
cinta yang mendadak kepada seseorang
2. Terikut-ikut kehendak pasangan
(haram) atau individu secara berlebihan
3. Kuat berkhayal tentang adegan
seks
4. Berkeinginan tinggi untuk
melakukan hubungan seks
TANDA-TANDA SIHIR
MENGHADIRKAN PENYAKIT (MEMBUAT SESORANG ITU JATUH SAKIT)
1. Cakap merapu
2. Fikiran bingung
3. Sentiasa resah gelisah
4. Tidak menjaga kebersihan diri
5. Gemar bersendirian
6. Tidak suka bergaul dengan
kawan-kawan
7. Tidak ada kekuatan fizikal dan
mental
TANDA-TANDA SIHIR
PENDARAHAN
1. Sihir ini terjadi keatas
wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia
berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang
mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau
lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih
serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya
adalah penyakit. (darah istihadah)
TANDA-TANDA SANTAU
1. Pendarahan yang berpanjangan
saperti haid
2. Sakit dibawah tulang kipas
3. Sakit dibawah punggung
4. Batuk yang berterusan
5. Bermimpi binatang yang
menakutkan
6. Sesak nafas
7. Pemarah walaupun sifat asalnya
adalah lembut dan penyabar
8. Kelopak mata kehitaman kerana
gangguan tidur
9. Daya ingatan berkurangan
TANDA-TANDA
SESEORANG YANG MEMPUNYAI SAKA
1. Sukar tidur
2. Sering bermimpi perkara yang
menakutkan
3. Ketawa dan menangis ketika
tidur
4. Pening kepala
5. Malas dan lesu
6. Lenguh-lenguh sendi
7. Pemarah dan terlalu emosi
Adakalanya juga orang yang ada
saka dibenci oleh ramai orang kerana menzahirkan situasi negatif dan tidak
menyenangkan
PEDOMAN DAN RENUNGAN
Kebanyakan orang yang terkena
gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka
keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu
daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.
Sebaliknya pula ada golongan yang
ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka
dengan “buatan orang”,walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku
dalam masyarakat kita?
Sukacita disarankan agar anda
kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada
membelenggu diri anda. Dan kepada saudaramara, rakan taulan hendaklah sentiasa
membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama.
Penyakit sebegini bakal
menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga
tercinta.
Dapatkanlah rawatan daripada
pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk
khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa dari semasa kesemasa. Amalkan zikir al-Mathurat sebagai pendinding
diri daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan. Wallahu a’lam
Apa yang dijelaskan di atas
adalah tanda-tanda gejala sihir, santau atau saka. Jika kita nak pasti adakah
sihir ini benar-benar wujud dalam diri kita maka kita perlu membaca beberapa
ayat al-Quran. Cara-caranya : Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :
DOA BILA BERHADAPAN
DENGAN MUSUH
1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52
2. Baca surah al-Mukminun ayat
98-118
3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.
4. Baca surah an-Nas ayat 1-6
Ketika membaca ayat-ayat di atas
, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian
dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan
mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh
melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak
tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di
telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia
menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak
diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.
[CATATAN : Sebaik-baiknya,
usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau si sakit tidak
boleh membaca sendiri maka kalian boleh bacakan ditapak tangan kalian dan
hulurkan tangan kanan kalian di depan mata si sakit minta dia melihatnya.]
Pertama cuba saudari baca
ayat-ayat di atas dan uji pada diri saudari, jika ada seperti yg dinyatakan
maka jelas saudari terkena sihir. Untuk mengubati sihir ada beberapa ayat
al-Quran untuk menawarkan sihir iaitu : Cara-cara membuangkan sihir daripada
diri kita :
1. Ambil tujuh helai sirih hijau
atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh
juga guna alat penghancur letrik – blinder)
2. Masuk tumbukan daun sirih atau
daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk
minum dan mandi seluruh badan.
3. Letakkan telapak tangan
kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan