Rabu, 14 Februari 2018

KENALI TANDA-TANDA TERKENA SIHIR, SANTET, GUNA-GUNA DAN CARA MENGATASINYA





Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:

“Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani”


SIHIR DALAM SEJARAH MASYARAKAT DAHULU
Antara perkara yang dijumpai dalam catatan Mesir purba adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata Isis dalam satu lagenda Mesir "Isis dan Orisis" untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir[1]:

Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai.

KISAH SIHIR DALAM QURAN
Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang turun untuk menentang tukang-tukang sihir yang jahat pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diajarkan di negeri Babil sebagaimana terdapat dalam beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud beberapa abad sebelum masihi.

Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk menentang tukang-tukang sihir yang bekerja untuk Firaun semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.

Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan menggunakan sihir dengan sekelip mata oleh sejenis jin seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.

Rujukan mengenai sihir juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.


KEDUDUKAN SIHIR DALAM ISLAM
Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah. Orang yang terkena sihir lazimnya dikatakan sebelum itu tiba-tiba meningkat nafsu syahwatnya seperti dia kerap/ketagihan melakukan seks di mana akhirnya mengakibatkan jiwa dan batinnnya menjadi lemah dan mudah kerasukan. [perlu rujukan] Ini juga lantaran dirinya terdedah kepada badan yang tidak suci(tidak mandi wajib/hadas) dan syaitan amat menyukai orang yang demikian. Terdapat juga tanda kusam dan lesu pada wajahnya terutamanya pada bibir dan mata putih[perlu rujukan].

Walaubagaimanapun sihir boleh dielak dengan mengamalkan beberapa ayat suci al-Quran seperti ayatul kursi dan lain-lain. Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.


SIHIR DI ALAM MELAYU
Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:

Melindung diri
Kebal
Perubatan
Mendapatkan kelebihan
kesaktian
Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
Perapun
Gagah
Perangsang
Penderas
Pukau
Mengawal/Memusnahkan musuh
Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami.
Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
Pelalau — sihir untuk mencerai-beraikan suami isteri
Pelalai
Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
Meramal masa hadapan
Alimun

SIHIR YANG DIAMALKAN BOLEH DIKELASKAN MENURUT BEBERAPA KELOMPOK SEPERTI BERIKUT:-

Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
Azimat
Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.

MEREKA YANG MERAWAT SIHIR BIASANYA MELALUI BEBERAPA KAEDAH ATAU CARA:-
Menggunakan ayat-ayat suci
Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin
Menggunakan bantuan makhluk halus lain.
Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagian seperti:-
Pawang -
Dukun -
Bomoh -
Orang alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran.
Sihir dalam rujukan budaya pop
Rencana utama: Ahli sihir (fantasi)
Di dalam media barat terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang.

Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter dan filem Hocus Pocus. Mereka selalunya didampingi dengan kucing hitam dan terdapat ahli sihir yang baik seperti dalam cerita Bewitched, Charmed dan The Craft.



KENALI TANDA-TANDA TERKENA SIHIR, SANTET, GUNA-GUNA DAN CARA RAWATAN

Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan maupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya.

Sihir ini mempunyai hakikat, diantaranya ada yang bisa mematikan, membuat sakit, membuat seorang suami tidak dapat mencampuri istrinya atau memisahkan pasangan suami istri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya. seperti yang dikutip dari Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam buku Al-Mughni, (X/104).

Tanda-tanda Terkena Sihir, Santet dan Guna-guna:
ü Sakit kepala setelah Ashar keatas.
ü -Badan terasa berat dan malas.
ü Sulit mendapatkan jodoh walaupun punya banyak kenalan teman perempuan
ü Badan terasa terkena bisa, gatal-gatalpada waktu tidak menentu
ü Sakit ketika takjiah orang meninggal.
ü Sulit tidur malam mimpi yang aneh-aneh
ü Sakit pinggang tanpa sebab.
ü -akit dada bila waktu ashar ke atas.
ü Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang berbisa dan sebagainya.
ü Bermimpi bayi atau menyusui.
ü Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.
ü Bermimpi di tempat yang kotor.
ü Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terguncang panas setelah waktu ashar.
ü Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
ü Bayi sering menangis bak kena pukul.
ü Suami istri sering bertengkar walau hal kecil makin susah untuk bertemu dan duduk berbicara.
ü Perasaan Sayang yang berlebihan pada orang yang baru dikenal.
ü Malas beribadah.
ü Pikun ketika usia masih muda.
ü Cepat emosi dengan hal-hal spele
ü Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada karakter atau moral yang rusak.
ü Gelisah dan panas ditengkuk bila mendengar Al-Quran.
ü Suka melakukan kebiasaan buruk tak suka berteman dengan orang budiman atau benci alim ulama.
ü Sering sendawa bila mendengar al-Quran.
ü Sering keguguran.
ü Gagal melakukan hubungan badan.
ü Mengantuk serta gelisah bila mendengar Alquran.
ü Suka melihat bulan
ü mengambang di jendela.
ü Darah haid masih saja keluar lebih dari 15 hari.
ü Batuk yang berkepanjangan.
ü Selalu ditindih ketika tidur.
ü Kuat berangan-angan ke arah yang tak jelas tanpa cita-cita yang baik.
ü Terlalu rasa rendah diri dan tidak percaya diri.
ü Nafsu yang ekstrim.
ü Selalu melihat sekilas dirumah.
ü Terasa diri selalu diperhatikan.
ü Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh normal.
ü Sering mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.
ü Melihat jin atau lembaga hitam secara langsung.
ü Sakit mental atau gila mendadak padahal sebelum nya sangat aktif & waras.
ü Temat asyik melihat adegan perkelahian baik nyata atau akting di kaca TV juga film di bioskop. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.
ü Demam yang berkelanjutan; suhu badan naik terutama ketika siang, Maghrib, tengah malam dan subuh.
ü -uka melihat cermin lama - lama.

ü Sakit kepala, sesak napas, sakit macam-macam tetapi ketika pergi ke dokter, dokter mengatakan tidak ada apa apa.
ü Bila x-ray, tersandung macam-macam benda yang mustahil masuk dalam tubuh seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.
ü Barang-barang electronic di rumah cepat rusak jika digunakan oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin cuci, komputer dan lain-lain)
ü Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada tuyul yang mencuri.
ü Sering mendengar bunyi kursi ditarik di atas langit-langit rumah.
ü Tak suka berlama-lama di rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
ü Dengar orang yang dikenal seperti adik, abang, suami isteri ... dll, ketika memanggil tapi saat menoleh tidak ada orang.


CARA MENGATASI SIHIR, SANTET DAN GUNA-GUNA

Jika benar seseorang itu terkena sihir baik dari segi fisik, mental atau spiritual. Dalam  konsep Islam, setiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit ada obatnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan oleh sihir, santet atau guna-guna. Terutama setelah kita melihat fakta yang jelas bahwa Nabi Muhammad saw pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini terjadi untuk memberitahu kita bahwa ada ayat Al-Qur'an yang bernama Al-Mu'awwizat, yaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaidahnya ayat tersebut adalah pengobat dan penyemprot sihir. Bahkan Muhammad telah menyebut secara rinci bahwa sihir itu dapat diobati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat dari surah Al-Baqarah yaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir dari surah tersebut. Ayat-ayat ini harus dilakukan dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT dapat menyembuhkan sihir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan