Apakah itu
saka?
Saka merujuk kepada warisan (kata umbi bagi
pusaka ). Ia merujuk kepada warisan, lebih kepada warisan ibu dari warisan bapa
Ia mrangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pesaka, tanah
pesaka dan sebagainya.
Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk
halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan
memeliharakan diri. Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan
mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam
panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya
pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk
akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain
sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya
membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.
Pada kebiasaannya saka ini diwarisi
dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan
bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan
saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi
lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”
Di antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai
saka di dalam badannya ialah:
1. Selalu
bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu
bermimpi berada di awangan.
3. Sering
dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang
sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap
bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi
menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam
pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah
tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara
yang kecil, anak-anak
yang degil.
8.
Berdebar-debar tanpa sebab.
9.
Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan
moden tidak
dapat mengesahkan apa sakitnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan