JENIS-JENIS
NAJIS
Terdapat 2 jenis najis yang boleh
diklasifikasikan dalam Islam iaitu:
NAJIS
MUGHALLAZAH
Iaitu anjing dan babi serta segala anggota
tubuh badannya. Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau
lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih
NAJIS
MUKHAFFAFAH
Iaitu najis ringan seperti air kencing
kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susu ibunya
sahaja. Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda
yang terkena najis itu kemudian lapkannya
NAJIS
MUTAWASSITAH
Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi
kepada dua bahagian :
(a) Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya
tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan
sifatnya sudah hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan ari keatasnya
(b) ‘Ainah adalah najis yang dicuci dengan
menghilangkan dan membersihkan semua zatnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan