Adalah
menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama
yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang
baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu. Peribahasa ada
menyatakan bahawa;
“Harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
Dalam satu
majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang
anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan:
“Memilih ibunya, memperelokkan
namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”
Sebab itu
setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh
menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan
pembentukan sahsiah anak tersebut.
Kekal Sehingga Akhirat.
Islam menganjurkan
pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah
ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat.
Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya,
mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.
Seorang
Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama
yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Abu Darda
ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
”Sesungguhnya
kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan
juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu
Daud dari Abu Dardak r.a.)
HIMPUNAN NAMA-NAMA
INDAH DALAM ISLAM UNTUK PEREMPUAN BERMULA HURUF D
NAMA MAKSUD
DALAM BAHASA ARAB
Daaimah Tetap,
Langgeng
Daaiyah Juru
dakwah
Daamah Tiang,
Pilar
Daawah Seruan,
panggilan, ajakan, jamuan
Dabayinah Nisbah
Dafinah Kekayaan
yang tersembunyi
Dahab Emas
Dahimah Kuat,
tangkas
Dahiyah Pintar
Dahlia Nama
sejenis bunga
Dahmani Nisbah
Dalal Petunjuk,
manja, memanjakan
Dalia Pohon
anggur, sejenis bunga - dahlia
Dalidah Keturunan
mulia
Dalila Petunjuk,
dalil, alasan
Dalilah Petunjuk,
bukti
Dalilati Pemimpin
Dalili Petunjuk,
manja, memanjakan
Daliyah Pohon
anggur
Damaris Wanita
yg sopan dan santun (Yunani)
Damiaa Baik
dan berkat
Dana Cerdas,
bijak
Danah Batu
yang bernilai tinggi
Daneen Puteri
Dania Hampir
Daniyah Dekat
sekali, Buah yang mudah dipetik
Dara Perawan
Darayani Mengetahui
Dariah Yang
mengetahui, lemah lembut
Darin Nama
Bunga
Darina Nama
suatu bunga
Darirah Lemah
lembut
Darisa Pembaca,
pelajar
Dariyah Lemah-lembut
Darsah Faham,
hafal
Darwisyah Ahli
tasawuf
Daulah Kerajaan
Dawama Berkekalan,
terus menerus
Dayana Yang
gagah perkasa
Dayani Kepatuhanku,
ketaatanku
Deeba Sutera
Deema Awan
mendung
Delisha Gembira
dan membuat orang lain gembira
Dhabitah Cakap,
kuat ingatan
Dhafwatul Aisy Kesenangan dan kelapangan hidup
Dhahikah Yang
suka tertawa, batu putih diatas gunung
Dhaifah Tamu
Dhaliah Keras
dan kuat
Dhamanah Jaminan
Dhamirah Jiwa
Dhamrah Nama
sahabat nabi Muhammad SAW
Dhaniyah Yang
bertambah, yang bermutu
Dhia Sinaran
Dhiya Cahaya,
sinar
Dhuha Waktu
Dhuha
Dhuhwah Waktu
Dhuha
Diaamah Tiang,
pilar
Dian Cahaya
Dianah Agama
Dina Keagamaan
Dinah Ketaatan,
adat
Dinar Wang
emas
Dini Agamaku
Diya Terang,
cahaya
Diyana Agama
Diyari Kurnia
Duha Waktu
dhuha
Durar Batu
permata, Mutiara
Durrah Mutiara
Durrani Permataku
Durriyah Mutiara,
cahaya mutiara, cemerlang, cerdas
Duwaijah Teladan
Dzahabiyah Memiliki
sifat emas
Dzaibah Menghalau
Dzakirah Yang
mengingati Allah (dari perkataan zikir)
Dzakiyah Pandai,
cerdas, merah padam
Dzariaah Jalan,
wasilah
Dzihni Pemahamanku,
pengertianku
Dzihniyah Menurut
akal
Dzikra Peringatan,
pengajaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan