Doa untuk anak supaya kuat & sabar
Doa ini
dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke
sekolah, atau setiap kali selepas solat bersama.
Mudah-mudahan
mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua bentuk
cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.
Surah Al
Imraan Ayat 200
“Yaa
ayyuhalladzina amanush biru wa shobiru wa robitu wat taqullaha la’allakum
tuflihuun”
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran
kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah
(dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan