Doa nabi zakaria untuk zuriat yang baik
Doa ini
asalnya adalah doa daripada Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon
keturunan yang baik baik .
Seperti yang
kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya.
Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan
zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.
Akhirnya,
Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda.
Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon
dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.
al-imraan-138
(Surah Al
Imran Ayat 138)
Rabbi habli
milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’
Maksud: ”
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan